Saturday, 22 November 2008

Pembukaan kepada yang Ghaib

Oleh SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI
Terjemahan Abdul Majid B. Haji Khatib

Syarahan Kedua

Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempoh oleh Nabi Besar Muhammad s.a.w dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan RasulNya, dan jangan sekali-kali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan meyengutuiNya. Allah itu Maha Suci dan tidak sekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan. Janganlah syak wasangka tentang kebenaran Allah. Bersabarlah dan berpeganglah teguh kepadaNya. Bermohonlah kepadaNya dantunggulah dengan sabar. Bersatu-padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah-belah. Cintailah antara satu dengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauh diri daripada segala noda dan dosa. Perindahkanlah dirimu dengan taat kepada Allah. Janganlah jauhkan diri dari Allah dan janganlah lupa kepadaNya. Janganlah lengah-lengah untuk bertaubat kapadaNya. Dan kembali kepadaNya. Janganlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamu dirahmatiNya dan dilindungiNyadari mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari Allah. Kamu akan menikmati kebahagian dan kesentosaan yang abdi di syurga berserta dengan nabi-nabi, orang-orang siddiq, orang-orang syahid dan orang-orang salih. Berkekalanlah kamu di syurga itu untuk selama-lamanya.

No comments: